CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 December 2008

The end of 2008

Hari ni last day of 2008.....dalam beberapa jam lagi....2008 akan bertukar menjadi 2009....Even though aku tak suka tahun 2008 ni...coz thousand of problem jadi sampai buat aku terungkur....kadang2 aku tersungkur hingga susah nak bangun balik even ada tangan yang membantu aku....tahun 2008 ni jugalah yang banyak ajar aku tentang erti hidup dan kesabaran... Lepas satu masalah yang timbul...satu lagi masalah yang timbul. Kadang2 aku bertanya pada diri aku sendiri, apa dosa aku sampai Tuhan duga aku begini berat.... Sehingga semalam...aku terbaca satu artikel....Artikel tu bayak beri kesedaran kat aku....salah satu petikan dari artikel tersebut ialah..." Tuhan tidak akan memberi ujian kepada kita melainkan Dia tahu bahawa kita mampu mengatasi.....Dia tidak akan sesekali menyusahkan umatnya selain daripada mendidik umatnya.." Petikan artikel tu buat aku banyak berfikir.....juga buat aku banyak termenung. Betul....sepanjang aku menghadapi masalah yang besar sampai aku tersungkur, aku memang akan sedih dan lemah semnagan biarpun ada tangan yang menghulurkan bantuan....tapi lepas seketika bila aku mula meraih rasional diri sendiri, aku akan dapat selesaikan masalah tersebut....biar pun tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meringankan beban yang terkumpul di otak aku.....

Aku mengutuk diri aku sendiri sebab selama aku hidup entah berapa banyak aku mempersoalkan dan menyalahkan Tuhan dan entah berapa kali aku mengucap terima kasih....Kepada sesiapa yang mengenali aku....mungkin ramai yang tidak tahu siapa aku yang sebenarnya.....hari ini,,,,hari terakhir tahun 2008....aku mahu lepaskan apa yang sarat di otak aku selama ini....aku mahu berubah...aku mahu menjadi manusia yang lebih bererti hidup.

Bila orang tanya apa agama aku, aku terus menjawap...BUDDHA....Hakikatnya...aku sendiri tidak tahu apa landasan hidup aku walaupun aku sering menasihatkan orang supaya hidup di bawah landasan yang betul....hipokrit kan hidup aku....aku tidak tahu sejak bila aku hidup dalam penuh pura-pura.....Aku menjadi seorang FREE THINKER/PAGAN/TIADA AGAMA tiba-tiba....Pelbagai perkara yang telah berlaku dalam hidup aku sehingga aku mula mempertikaikan di manakah Tuhan ketika aku perlukan Dia...Di mana Dia ketika aku perlu perlindungan....Di mana Dia ketika aku perlukan keteteraman......Aku sendiri tidak faham apa yang aku cakap selama ni...bahawa Tuhan ada di hati semua orang....Mungkin aku seperti orang moden yang lain perlukan bukti saintifik akan kehadiran Tuhan. Padahal tidak pernah aku pertikaikan dari mana lahirnya pokok, manusia,binatang, tanah dan lautan.....

Walaupun begitu, aku masih belum pernah menghina atau memperlekehkan agama orang lain termasuk agam yang dianuti keluarga ku.....Aku masih menghormati semua agama tersebut seperti aku menghormti keluarga aku sendiri.....Lepas berapa lama aku hidup dalam kesesata...aku mula sedar.....Tuhan itu wujud.....tidak perlu bukti saintifik....Tuhan ada di mana2....Tuhan juga ada di hati kita....Mulai hari ini juga...aku berjanji pada diri sendiri....aku akan mempercayai wujudnya Tuhan dan Juga...aku seorang penganut agama Buddha dari lahir sehingga aku mati.Aku tahu pintu taubat tidak akan tertutup asalkan kita betul2 ikhlas dan mudah-mudahan...pintu taubat aku takkan tertutp.....

Menjelang 2009 ni juga banyak yang perlu aku lakukan....Post sebelumnya....aku nak hidup happy and bahagia...aku nak hidup yang warna warni....semalam aku berfikir.....aku cuma dapat semua tu...kalau aku berhenti mengeluh dan menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka kerana aku percaya....Tuhan sayangkan aku....jika tidak...tentu dah lama aku dah tiada di muka bumi ni....Tahun Baru Cina 2009 akan menjadi bermakna kerana aku telah menrima agama tersebut dengan sepenuh hati....kerana sebelum tu...aku cuma anggap ia merupakan cuti yang membolehkan aku bersukaria.....Mungkin kerana ini jugalah...pelbagai dugaan yang Tuhan berkan padaku....untuk menyedarkan....bahawa aku silap tentang kehadiranNya....Banyak yang aku kena belajar lagi....bayak benda yang perlu aku baiki supaya aku dapat menjadi manusia yang berguna.....

Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segala kejadian.Tanpa izinnya....kita takkan dapat apa yang kita mahu....Kita cuma hamba....kita bukanya manusia....Setiap tahun....aku berazam agar aku berjaya....tapi azam aku tahun ni...aku nak jadi seorang manusia yang berguna.Kejayaan adalah atas usaha kita dan dibawah izinNya...jadi aku takkan meminta lebih melainkan aku yang akan berusaha keras.

0 comments: