CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

05 February 2009

Cinta Tiada Akhirnya Part 1

BAB 1

Zaman remaja.Segalanya indah ketika itu.Semuanya kita rasa buat kali pertama ketika remaja.Cinta??? Ya termasuk cinta.Tiada remaja yang dapat lari dari perasaan itu.Sama ada percaya atau tidak, semua orang punya rasa untuk bercinta dan ingin mencintai. Aku tidak terkecuali tapi malangnya aku tersepit dalam dunia cinta yang begitu mustahil sekali.Semua orang kata cinta itu memang indah.Tapi siapa memahami apa itu cinta?Wahai pujangga,terangkan padaku apa itu cinta.Oh gadis,gambarkan padaku apa itu cinta.Cinta datang dan pergi bila ia suka.Bila ia datang,tak semestinya bawa bahagia dan bila ia pergi tak semestinya bawa duka.Dan aku,mengenal cinta pada usia begitu muda.Tapi bukan cinta itu datang padaku.Cinta itu datang pada orang yang salah dan mendambakan orang yang salah,dan aku menjadi mangsa,mangsa pertaruhan cinta dan kasih yang telus dan suci.Kerana cinta ini,aku menjadi dewasa,kerana cinta ini,aku menjadi tegar dan kerana cinta ini aku merasa perit kehilangan seseorang,seseorang yang amat aku sayang,seorang yang aku gelar sahabat dan serikandi cinta.Demi maruah dan demi cinta yang abadi,dia mengorban nyawa dan meninggalkan kami yang hanya mampu meratapi pemergiannya.Kekesalan yang tiada sudah,tiada gunanya.Cinta membawa bahagia jika di landasan yang benar tapi membawa derita yang tiada sempadan jika dia hadir tanpa diundang dan hadir untuk orang yang salah.Cinta ini cinta terlarang....

“ Nic, kita kena buat sesuatu. Takkan nak biar Remy macam tu.”
“Apa aku nak buat Ann.Macam-macam dah kita cuba.Aku pun dah buntu.Lester dah pun minta maaf dan kau sendiri dengar Remy maafkan dia.Tapi dia masih begitu.Takkan kau nak suruh aku rempuh pintu tu.Nanti makin teruk jadinya.”
“Kita tak boleh biar dia terus begitu.Dah 3 hari dia berkurung dalam bilik tu.Tak makan tak minum.Ann risau kesihatan Remy.”
“Aku betul-betul kesal.Kenapa Lester masih nak mengungkit kisah lama.Yang berlalu sepatutnya biarkan berlalu.Kalau Lester lebih rasional mesti Remy tak jadi macam tu.”
“Kita tak boleh salahkan Lester juga.Awak sendiri tahu macam mana perangai Lester kan.Panas baran orangnya.Kita tak boleh biarkan Remy begini.Kita kena fikirkan sesuatu.Apa saja.Anything that can bring him out from that room.”

Dato’ Nicholas dan Datin Annie gelisah di ruang tamu.Mencari jalan penyelesaian untuk memujuk anak tunggal mereka Remy keluar dari bilik.Sudah 3 hari Remy berkurung di bilik tanpa lansung menjamah apa-apa makanan dan minuman.Keadaan ini membuatkan mereka risau.Mereka tidak menyangka,pertelingkahan antara Remy dan abangnya,memberi kesan yang mendalam buat Remy.Pelbagai cara sudah mereka lakukan untuk memujuk Remy malah Lester sudah meminta maaf pada Remy dan Datin Ann telah menjadi saksi Remy memaafkan Lester.Mak Yah turut resah melihat kegelisahan majikannya.Dia tahu anak bongsu majikannya, Remy berperwatakan agak liar dan sukar dikawal tapi sebenarnya dia seorang anak yang baik dan taat. Cuma dia salah memilih kawan satu ketika dahulu,yang membuatkan masa depannya musnah.Mak Yah tahu Remy telah berubah.Terima kasih pada seorang gadis,penyeri rumah banglo itu.Dia banyak berusaha menyedarkan Remy dan dia juglah yang tak pernah jemu menyokong dan memberi dorongan pada Remy.Betapa gadis cilik iu mampu memberi kesan pada Remy.Mak Yah juga telah merindui gadis tersebut.Tentu meriah rumah banglo tersebut jika gadis tersebut ada.Tiba-tiba Mak Yah terfikir sesuatu.

“Dato’, Datin, maaf saya mengganggu.Saya tak bermaksud nak masuk campur dengan urusan keluarga Dato’ dan Datin.Saya Cuma ingin membantu.Saya harap Dato’ dan Datin izinkan saya bercakap.”
“Mak Yah,kenapa cakap macam tu?Mak Yah dah macam keluarga kami.Betul tak Ann?”
“Betul apa Nic cakap tu Mak Yah. Mak yah dah berkhidmat untuk kami sejak kami mula bertatih dalam dunia perniagaan lagi.Mak Yah juga punya hak yang sama seperti ahli keluarga yang lain di sini.Apa yang Mak Yah nak cakapkan?Cakaplah.Kami mendengar.”
“Berkaitan Jeremy.”
“Kenapa dengan Jeremy?”
“Kita tak boleh biarkan Jeremy terus macam tu.Kita kena buat sesuatu.Saya cadangkan,Dato’ dan Datin suruh Lyn balik dan cuba pujuk Jeremy.Selama ni,Cuma Lyn yang tak pernah gagal pujuk Jeremy.Mereka berdua kan rapat.Saya rasa kita boleh cuba.”
“Mak Yah memang bijak.Kenapa kita tak ingat Lyn.Mesti Lyn dapat pujuk Remy.Selama ni pun,Cuma cakap Lyn seorang saja yang Remy ikut 100%.Dia tak pernah membantah dengan kehendak atau apa saja yang Lyn cakap.Terima kasih Mak Yah.Terima kasih sebab bagi kami jalan penyelesaian.Semuanya depan mata tapi kami terlupa.”

Pertama kalinya Mak Yah melihat senyuman di bibir majikannya.Selama 3 hari ini,mereka sentiasa gelisah,makan pun tak lalu.Malah Dato’ tidak ke pejabat selama 3 hari kerana terlalu risaukan keadaan Remy.Mak Yah berdoa dalam hati agar keceriaan rumah tersebut akan kembali dengan gelak ketawa dan usikan Remy.Sesungguhnya Mak Yah mula merindui kelakuan nakal anak majikannya yang dia anggap anak kandungnya sendiri lantaran dia tidak mempunyai seorang pun anak.Mak Yah hidup sendirian,dengan keluarga Dato Nic lah dia menumpang kasih.Hatinya turut sedih melihat keadaan Remy macam tu.Antara keenam-enam anak Dato’ Nic,Remy yang paling degil dan nakal tapi dia jugalah yang paling rapat dengan Mak Yah.Di sebalik kedegilan Remy,terselit kelembutan dan kemanjaan yang semua tak tahu dan tak nampak.Cuma Mak Yah dapat mengesannya memandangkan Remy rapat dengannya dan mungkin si gadis cilik itu,Merilyn turut dapat merasakan yang sama,sebab tu mereka rapat.Lagipun beza umur mereka tidak jauh sangat.Beza 6 tahun sahaja.Sesiapa yang tidak mengenali mereka,pasti akan tersalah anggap mereka pasangan suami isteri lantaran melihat kemesraan dan keintiman mereka.Mak Yah benar-benar berharap,kehadiran Merilyn akan dapat merubah keadaan ini.Malah terbit satu keyakinan di hati Mak Yah bahawa Merilyn mampu mengubah Remy dan mampu mengembalikan keceriaan Remy.

2 comments:

MeLL said...

woh.. emonyer.. u wrote this urself? nice..

enamour said...

Hahaha....is it...well....i think its bad...i alreasy left the writing world since a few years ago...so otak dah berkarat....hahaha